JALINAN

NO NAMA AGENSI TARIKH
1 PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA DAERAH KULAIJAYA 10.07.2014
2 JABATAN TENAGA KERJA SENANJUNG MALAYSIA  29.10.2014
3 HOSPITAL ENCHE' BESAR HAJJAH KHALSOM, KLUANG 20.10.2014
4 FAKULTI PENGAJIAN QURAN & SUNNAH, USIM 4.11.2014
5 PERSATUAN IBUBAPA DAN PENJAGA ANAK-ANAK, JOHOR 07.02.2015
6 MAXIS 10.03.2015
7 IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA 8.04.2015
8 IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR 20.05.2015
9 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA- MASSAGE OIL& CREAM 6.07.2015
10 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, JOHOR 22.08.2015
11 IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR 3.09.2015
12 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 12.01.2016
13 SEAMEO SEN REGIONAL CENTER FOR SPECIAL EDUCATION 24.10.2016
14 BLINK TRADING SDN BHD 31.01.2016
15 UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA 18.11.2016
16 UNIT SAINS DAN IST NEGERI JOHOR 16.4.2014
17 KEMBARA MAHKOTA JOHOR  21.06.2014
18 PEJABAT PERGIGIAN DAERAH KULAIJAYA 28.08.2014
19 BLINK TRADING SDN BHD 15.01.2017

No comments:

Post a Comment

1. Apakah itu Pusat Sumber Sekolah?

Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan pusat perkhidmatan akses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan cetak, bukan cetak dan digital. PSS perlu diurus secara sistematik dan efisyen bagi tujuan memupuk tabiat membaca, literasi maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2. Apakah dasar Pusat Sumber Sekolah?

Dasar Pengurusan Pusat Sumber Sekolah diwujudkan untuk memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai koleksi yang menepati piawaian dan terkini, diurus dengan cekap dan berkesan, dan digunakan secara optimum bagi meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran.

Strategi Pelaksanaan Dasar PSS adalah seperti berikut:

• Memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai kemudahan fizikal dan infrastruktur yang sesuai dan memenuhi fungsi dan peranannya.

• Memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai koleksi bahan yang menepati piawai dan terkini.

• Memastikan Pusat Sumber Sekolah diuruskan dengan cekap dan berkesan sesuai dengan kemajuan teknologi maklumat masa kini.

• Memastikan Pusat Sumber Sekolah diuruskan oleh Guru Perpustakaan dan Media yang menepati syarat kelayakan dan kriteria yang ditetapkan dalam pekeliling semasa.

• Memastikan Pusat Sumber Sekolah sentiasa meningkatkan usaha untuk melaksanakan aktiviti penggalakan membaca dan literasi maklumat dalam meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran.

3. Apakah objektif Pusat Sumber Sekolah?

• Menyediakan perkhidmatan dan sumber pembelajaran dalam pelbagai format bagi membolehkan semua warga sekolah menjadi pengguna maklumat yang efektif dan pemikir yang kritis

• Menyediakan perkhidmatan secara bertanggungjawab, adil dan saksama kepada semua warga sekolah

• Meningkatkan tahap pencapaian murid dalam pembacaan, literasi maklumat, pembelajaran, penyelesaian masalah dan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

• Melahirkan individu bestari yang mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat

4. Apakah peranan Pusat Sumber Sekolah?

Pusat Ilmu

Pusat Penemuan

Pusat Pengajaran dan Pembelajaran

Pusat Pengajaran

Pusat Profesional

Pusat Hubungan Masyarakat


5. Apakah fungsi Pusat Sumber Sekolah?

• Merancang dan mengurus perolehan bagi membina koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemas kini yang selaras dengan keperluan kurikulum dan memenuhi keperluan warga sekolah.

• Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan akses maklumat bagi kegunaan individu atau kumpulan.

• Memberi panduan dan kemahiran kepada warga sekolah berkaitan proses carian, penghasilan dan penggunaan maklumat.

• Menyediakan kemudahan, peralatan dan bahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan berfungsi.

• Menjalin perkongsian pintar dan rangkaian strategik dengan pelbagai agensi untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan.

6. Apakah jenis-jenis perkhidmatan yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah?

• Perkhidmatan Sirkulasi Bahan

Sirkulasi bahan di sesebuah PSS perlu mengambil kira saiz koleksi, jumlah pengguna dan keperluan pengguna.

Sirkulasi bahan terdiri daripada:

a. Pinjaman biasa

b. Pinjaman khas

c. Pinjaman berkelompok

Sirkulasi bahan juga boleh dibuat antara PSS / perpustakaan awam melalui pinjaman antara perpustakaan (inter-library loan) bagi memenuhi keperluan maklumat pengguna.

• Perkhidmatan Khidmat Nasihat / Rujukan

Khidmat nasihat / rujukan perlu diberi kepada warga sekolah berkaitan perkara berikut :

• Pemilihan bahan

• Pencarian maklumat

• Rekabentuk, pembinaan dan penggunaan bahan P&P

• Penggunaan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi

• Perkhidmatan Kesedaran Semasa

PSS perlu menyediakan perkhidmatan kesedaran semasa untuk memaklumkan kepada warga sekolah berkaitan maklumat atau judul terkini yang terdapat di PSS.

Perkhidmatan ini boleh disediakan melalui sumber berikut :

a. laman web sekolah / PSS

b. keratan akhbar

c. muka surat kandungan majalah

d. bibliografi beranotasi

e. senarai bahan terkini

f. abstrak dan indeks bahan terpilih

g. pangkalan data bibliografi sumber PSS

h. pameran buku baru

• Perkhidmatan Pendidikan Pengguna

Program pendidikan pengguna perlu disediakan secara terancang dan berterusan untuk memaklumkan warga sekolah berkaitan program, aktiviti dan perkhidmatan PSS di samping memberi kemahiran kepada mereka berkaitan penggunaan kemudahan PSS dan pencarian maklumat.

• Perkhidmatan Papan / Sudut Maklumat

Akses kepada maklumat sekolah / PSS perlu disediakan melalui papan / sudut maklumat yang ditempatkan di lokasi yang strategik.

• Perkhidmatan Pengurusan Sumber Maklumat

Perkhidmatan ini perlu disediakan mengikut keperluan dan kemampuan sekolah. Akses kepada pangkalan data sumber maklumat pelbagai bidang ilmu sama ada dalam atau luar negara perlu disediakan melalui laman web sekolah atau PSS.

• Perkhidmatan kemudahan bilik / ruang

Perkhidmatan ini perlu disediakan untuk menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Perkhidmatan yang boleh disediakan oleh PSS adalah seperti berikut :

• Bilik Tayangan / Audio Visual / Multimedia

• Pusat Akses Kendiri

• Sudut Bercerita / Aktiviti

• Sudut / Bilik Perbincangan

• Bilik Rakaman

• Perkhidmatan Reprografi

Perkhidmatan ini disediakan untuk percetakan, memuat turun maklumat digital dan membuat salinan bahan.

• Perkhidmatan Akses Maklumat

Perkhidmatan ini perlu disediakan untuk mengakses maklumat menggunakan kemudahan Internet atau Intranet.

7. Apakah program utama Pusat Sumber Sekolah?

Terdapat dua program utama PSS iaitu program galakan membaca dan literasi maklumat. Semua aktiviti yang dirancang perlu menjurus ke arah pelaksanaan program ini.

Bagi memastikan perancangan dan pelaksanaan program PSS diselaraskan, Surat Pekeliling Ikhtisas berikut perlu dipatuhi dan dijadikan panduan:

a) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/1983: Perpustakaan Sekolahbertarikh 27 Disember 1983

b) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/1988 : Kegiatan Khas Bagi Tahun Pembaca 1988bertarikh 20 Januari 1988

c) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membacabertarikh 22 Mei 1998

d) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.10/2000: Tahun Pusat Sumber Sekolah (PSS)bertarikh 20 April 2000

e) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.12/2001: Gerakan Membaca di Sekolah-sekolah Melalui Persatuan Perpustakaan Sekolah Peringkat Negeribertarikh 19 November 2001

f) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2003: Dasar Penggunaan Media dan Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaranbertarikh 28 Julai 2003.

g) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/2005: Memantapkan Budaya Membaca Di Kalangan Murid Sekolah bertarikh 12 Mei 2005

1. Program Galakan Membaca

Program galakan membaca perlu dilaksanakan kerana budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat dapat dibina melalui amalan membaca yang berterusan.

Bagi memantapkan program galakan membaca, Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan pendekatan pembacaan secara terancang melalui program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca).

2. Literasi Maklumat

Program literasi maklumat perlu dilaksanakan untuk menyedia dan melengkapkan murid dengan kemahiran tertentu yang diperlukan bagi menghadapi kehidupan sebenar.

Aspek kemahiran yang perlu diberi penekanan dalam literasi maklumat adalah seperti berikut:

• Pentafsiran maklumat

• Penghasilan produk yang berkualiti

• Pembelajaran kendiri

• Penglibatan secara aktif sebagai ahli kumpulan kerj

• Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara bertanggungjawab dan beretika

Kemahiran yang menyumbang ke arah pencapaian matlamat literasi maklumat adalah seperti berikut:

• Kemahiran belajar secara kendiri

• Kemahiran bekerjasama

• Kemahiran merancang

• Kemahiran mencari dan mengumpul

• Kemahiran memilih dan mentafsir

• Kemahiran menyusun dan merekod

• Kemahiran komunikasi

• Kemahiran menilai

Literasi maklumat perlu dilaksanakan oleh GPM dan semua guru mata pelajaran secara :

• modular

• integrasi / merentas kurikulum

ENROLMEN MURID SMPKVIP 2023

       MURID-MURID TINGKATAN 4 BERJUMLAH 125 ORANG       MURID-MURID TINGKATAN 5 BERJUMLAH 102 ORANG       JUMLAH KESELURUHAN MURID BERJUML...